Friday 30 September 2011

Kecekapan Tenaga Di Rumah

Setiap orang impikan rumah yang selesa, selamat dan mampu memberikan perlindungan kepada penghuninya. Oleh itu kita perlu mementingkan keselamatan di rumah kita. Keselamatan dan keselesaan merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah rumah.Rumah yang selamat mampu melindungi penghuninya daripada bahaya seperti kebakaran, kecurian, litar pintas dan sebagainya. Sebagai penghuni yang cekap, kita haruslah berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan gas.
Di samping mempunyai rumah yang selesa dan selamat, kita tidak sedar yang kita semua telah menggunakan tenaga yang banyak dan berlakunya banyak pembaziran tenaga di rumah kita. Rumah moden terutamanya banyak menggunakan tenaga elektrik kerana reka bentuk rumah yang agak sempit dan atap yang rendah mengumpul banyak haba di dalamnya. Demi keselesaan, penghuninya terpaksa menggunakan penghawa dingin (aircond) dan kipas.
Sebagai penghuni yang cekap, kita boleh menjimatkan tenaga elektrik dengan cara membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga seperti kipas dan peti sejuk. Kita juga boleh setkan jangka masa penghawa dingin mengikut masa yang kita inginkan. Gosoklah pakaian untuk jangka masa seminggu agar pembaziran elektrik dapat dielakkan.Tutup juga suis lampu dan kipas jika tidak ada penghuni di dalamnya. Dengan cara ini penggunaan tenaga dapat kita jimatkan di samping dapat mengurangkan kos bil elektrik. 

1 comment:

  1. Rumah moden memerlukan banyak tenaga elektrik untuk menjadikannya lebih sejuk dan selesa berbanding rumah tradisional seperti rumah Minangkabau yang berbumbung tinggi mempunyai ruang udara yang lebih luas dan atap yang tinggi menghalang pemancaran haba terus kepada kita.

    ReplyDelete