Saturday 19 November 2011

TENAGA SOLAR

Kelebihan Tenaga Solar

  • Tenaga solaar merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Ini bermaksud ia tidak akan berkurangan. Walaupun ia mungkin terselindung disebalik awan dan tidak muncul pada waktu malam, ai akan kembali dengan penuh bertenaga.
  • Tenaga solar bebas dari pencemaran. Jika dibanding kan dengan minyak, penggunaan tenaga solar tidak menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau dan pengumpulan tidak membahayakan ekosistem sama ade melalui penumpahan atau pengorekan. Ini merupakan kelebihan utama tenaga solar.
  • Tenaga dan haba dari matahari adalah percuma. Sebaik sahaja penal solar atau pengumpul terma solat diatur, ia boleh terus digunakan tanpa tenaga elektrik. 
  • Sel solar tidak memerlukan penyenlenggaraan yang kerap. Ini disebabkan ketiadaan bahagian yang perlu diselenggara.
  • Tenaga solat mempunyai palbagai kegunaan yang tersendiri. Ia boleh diguna untuk menyalurkan kuasa kepada peralatan rumah seperti pendingin hawa, lampu, peralatan audio video, pemanasan air dan penjana elektrik.
  • Bagi kawasan yang terpencil, tenaga solar merupakan pilihan yang lebih realistic berbnading menggunakan waya yang panjang untuk sambungan kepada grid kuasa.
  • Sel solar tahan sepanjang hayat.

Monday 10 October 2011

Rumah Tradisional



Rumah tradisional mempunyai keistimewaan reka bentuk tersendiri.Rumah tradisional mengambil kira elemen semulajadi bagi menyesuaikan faktor iklim negara kita yang panas dan lembab.  Antara kelebihan rumah tradisional adalah lebih menyejukkan. Kenapa ya?

Friday 30 September 2011

Kecekapan Tenaga Di Rumah

Setiap orang impikan rumah yang selesa, selamat dan mampu memberikan perlindungan kepada penghuninya. Oleh itu kita perlu mementingkan keselamatan di rumah kita. Keselamatan dan keselesaan merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah rumah.Rumah yang selamat mampu melindungi penghuninya daripada bahaya seperti kebakaran, kecurian, litar pintas dan sebagainya. Sebagai penghuni yang cekap, kita haruslah berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan gas.
Di samping mempunyai rumah yang selesa dan selamat, kita tidak sedar yang kita semua telah menggunakan tenaga yang banyak dan berlakunya banyak pembaziran tenaga di rumah kita. Rumah moden terutamanya banyak menggunakan tenaga elektrik kerana reka bentuk rumah yang agak sempit dan atap yang rendah mengumpul banyak haba di dalamnya. Demi keselesaan, penghuninya terpaksa menggunakan penghawa dingin (aircond) dan kipas.
Sebagai penghuni yang cekap, kita boleh menjimatkan tenaga elektrik dengan cara membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga seperti kipas dan peti sejuk. Kita juga boleh setkan jangka masa penghawa dingin mengikut masa yang kita inginkan. Gosoklah pakaian untuk jangka masa seminggu agar pembaziran elektrik dapat dielakkan.Tutup juga suis lampu dan kipas jika tidak ada penghuni di dalamnya. Dengan cara ini penggunaan tenaga dapat kita jimatkan di samping dapat mengurangkan kos bil elektrik.